Saturday, January 8, 2011

my "safety kit".

post kali ni saja jela aku nak buang masa bagitau pasal safety kit.no.no.no.bukan safety kit nak selamat kan orang tu.salah sama sekali. "safety kit" yang aku maksudkan ni ialah barang barang yang boleh buat aku cuak gelisah resah dan sekutu dengannya bila barang barang ni tak ada.
senarainya ialah :

1) CONTACT LENS : serious aku cakap benda ni penting.sebabnya aku rabun. kau ingat aku nampak muka kau tengah senyum senyum kambing dari jauh?sumpah aku mesti blah macam tu je. sebabnya aku tak nampak langsung ukiran ukiran senyuman kat muka. and belum tentu pun lah aku cam. selalunya kalau ahli keluarga ke ape ke, aku dah kenal dah body language and bentuk tubuh dorang dari jauh.jadi tak ada masalah lah kan. tapi most of the time aku ambil langkah berjaga jaga tak nak malu punya kes jadi aku akan buat dunno sampaila orang tu datang dekat aku.hehe.baik buat orang tu termalu tegur kita tapi tak dilayan dari kita yang malu bila mana dia panggil girlfriend dia kat sebelah kau tapi kau ingat dia tengah usha kau kan?

2) SOLUTION contact lens : dah nama pun pakai contact lens mesti lah kena ada solutionnya. buatnya mata kena habuk ke kan? macam mana nak cuci lens? especially tengah dalam kelas. pastu macam mana nak tengok lecturer mengajar kan?haa.penting ni solution. banyak kali mata aku sengsara tak dapat melihat senyuman dan siapakah gerangan yang di usha samada aku atau aweks di sebelah berikutan aku perasan cantik. (fakta : aku main main eh.aku tak ada la perasan sangat.sikit sikit ada la.hoho)

3) SPECTACLES : ini fungsinya sama dengan contact lens.selalunya aku pakai dalam bilik or kat rumah je.sebab aku tak rajin nak tonyoh lens masuk mata time dalam bilik or rumah.

4) HANDPHONE : yang ni penting weh. banyak kegunaannya. 1st, sebab handphone membantu aku bangun pagi (fakta : walaupun kadang kadang aku turn off alarm sebaik dia memekakkan telinga aku. penyudahnya aku pun tak bangun bangun ) 2nd, handphone boleh buat aku contact orang yang tersayang. :) kalau aku tengah homesick, aku mesti call parents aku. 3rd, contohnya kalau ahli group kau hilang macam chipsmore time group meeting. ha, dengan handphone boleh la kau call atau text dia panjang lebar bebel macam janda anak lima suruh datang perjumpaan. kan? 4th, aku boleh curi curi online facebook time lecturer tengah gigih bagi explanation kat depan bilamana mata aku dah layu disebabkan setan tengah bergayut.:)

5) PURSE : dalam purse ada duit. bila ada duit baru boleh makan. bila makan baru boleh belajar. bila belajar baru boleh score exam. bila score exam baru boleh dapat dean list. dalam purse ada kad pengenalan. bila ada kad pengenalan baru sah jadi warga malaysia. bila jadi warga malaysia baru tak dihantar ke indonesia. dalam purse ada gambar boyfriend. bila ada gambar boyfriend boleh tengok.bila tengok tak rindu sangat. (fakta : gambar boyfriend ni akan aku buat bila aku ada boyfriend. sekarang tak ada.jadi fungsi nak letak gambar boyfriend sila tolak tepi )

6) GULA GULA : haa.yang ni aku memang suka simpan stok. sebabnya selain dari aku suruh budak sebelah aku urut urut tapak tangan aku supaya hilang mengantuk, aku juga guna kaedah isap gula gula. selalunya aku beli chlorets atau eclipse. senang cakap gula gula yang berangin. and pentingnya gula gula ni sebabnya kalau benda ni tak ada confirm aku tak dapat fokus belaja dalam kelas and mula lah aku bukak facebook guna handphone.hoho. (fakta : stok gula gula aku seminggu mesti habis disebabkan rakan rakan ku tadah tangan mintak gula gula ) gula gula ni penting juga bilamana aku risau tengok mak atau ayah aku bergendang kat stereng kereta sebab tak tahan mengantuk time balik kampung. jadi untuk mengelak berlaku benda benda tak elok seperti terlanggar kerbau pak tam atau terbabas diganggu hantu mak limah balik rumah dan sebagainya , aku cepat cepat akan hulur gula gula kat dorang. berjasa jugak gula gula ni kan?

7) lip balm : yang ni penting sebabnya muka aku selalu pucat. and bibir aku cepat kering. jadinya untuk jadikan hari aku ceria, aku kena bawak lip balm pegi mana mana. and lip balm satu satunya benda yang aku tak pernah terlupa bawa pegi mana mana. aku pun tak faham kenapa.



 handphone aku handphone murah je ha.
tak mampu beli iphone apatah lagi blackberry.



inilah penyelamat aku.
aku pakai maybelline dari dulu.


 aku tak suka pakai pegi class sebab nanti tudung kembung.
dah la aku mmg tembam.



okay.purse aku tak kartun macam ni okay.
and takde tali macam ni.aku malas nak amik gambar purse.


p/s : ni safety kit aku. safety kit korang?


No comments:

Post a Comment