Monday, February 14, 2011

angan angan minah anya

bila tak ada boyfriend ni, mula lah otak ligat nak berangan. konon nak kahwin dalam air la. kahwin kat padang pasir la ape la. best berangan ni. sebabnya dapat menghiburkan hati orang orang yang single macam aku. plus, cerita cerita korea memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi aku berangan. sebelum tidur, memang dari kecik lagi aku akan berangan. sampailah aku terlelap. esok nak tido pun buat benda yang sama. ulang ulang berangan benda yang sama iaitu nak kahwin dengan anak raja.(ni pengaruh cerita bawang merah bawang putih la ni) tapi bila dah besar angan angan aku lain sikit. sebab aku dah tak nak kahwin dengan anak raja.antara angan angan minah anya:


1.majlis kahwin aku mesti penuh dengan ros merah. OMG. suka gila dengan ros merah.bayangkan la majlis resepsi kanan kiri semua bunga ros.alololo.tomeynyaaaa.(fakta:sambil tulis pasal ros merah ni,aku tengah tersenyum.okay.agak kurang siuman disitu)


2.pernah tak imagine yang korang bukak buku.and terselit ros merah ( ros merah lagi) dari suami korang. alalala. tomey lagi sekali.and ada nota kecik dari suami korang. alahai. so sweet la kan.tapi itu pon kalau dapat la kan suami yang romantik.buatnya dapat suami yang kayu cengal kayu jati? langsung tak faham naluri keromantikan ni.haih.


3.aku nak anak kucing yang gemok + comot + comel + bulu gebu masa hantaran kahwin. okay.nampak tak logik.tapi nak jugak. sebab aku suka kucing. and mesti lah sepasang. tak tahu lah kan macam mane nak buat hantaran tapi letak anak kucing. but still aku berangan benda ni jadi. hahaha. (gelak bahagia kejap.walaupun belum tentu angan angan akan menjadi realiti )


4.aku sangat sangat suka menyanyi. and sebab tu aku teringin sangat kalau lepas kahwin, suami aku akan mainkan gitar or piano untuk aku. percaya atau tak. sekarang ni aku baru nak try belajar main gitar. sebabnya, entahla.aku rasa siapa siapa yang dapat main gitar ni, senang nak cairkan hati siapa siapa.termasuklah hati aku ni. yang akan cair macam ais.:)


5. gambar gambar aku dengan bakal suami aku (entah siapa lah kan ) aku nak letak kat satu part dinding kat rumah. ni memang dinding khas untuk gambar gambar kiteorang dari awal kenal sampai lah dah beranak pinak.:) biar penuh dinding tu dari atas sampai bawah.memang muka kiteorang je aku nak tempek situ. hoho. asal aku lalu je depan dinding tu, aku akan ingat setiap momen dalam hidup kiteorang. (kalau si suami berani nak tambah tambah gambaq pompuan lain aka bini muda, memang siap kau aku ganyang. ohoi. evil sungguh.)


6.pernah imagine yang suami korang akan jadi imam untuk solat? pada aku tak ada benda yang paling bahagia dan paling aku angan angankan selain dari benda ni. nak cari lelaki untuk korang kahwin, serious memang senang. tapi berapa kerat je suami kat malaysia ni yang selalu jadi imam untuk isteri dia. kalau lah aku dapat cari lelaki macam ni, serious aku sangat sangat bersyukur.


7.angan angan aku paling akhir ialah lelaki yang aku tunggu selama ni, adalah jodoh aku. saat dia lahirkan hasrat hati nak jadikan aku sebagai isteri dia, mesti aku menangis terharu. aku cuma boleh berdoa yang jodoh kiteorang memang ditetapkan dari luh mahfuz lagi. tak dapat aku bayangkan saat kalau diijabkabulkan. confirm air mata aku berjurai la kan. sebab penantian aku dah berakhir. (fakta:angan angan ni paling bahaya.sebab sebarang kemungkinan boleh terjadi. so aku kadang kadang cuba abaikan angan angan ni)




dari kecik sampai besar,kerja aku memang suka berangan. sebab berangan tak kena duet. tak macam nak pegi tandas awam, kena bayar 20sen. so berangan ni memang macam dah hobi lah gamaknya. tapi makin aku besar, aku realize something. at the end of the day, aku cuma nak seorang suami soleh yang boleh jadi imam dalam solat .and dapat anak anak yang comel gebu and sihat.
:)


p/s: buaiku laju. buaiku laju. aku nak kahwen dengan anak raja. lalala~