Friday, January 7, 2011

jom kahwin?

pada tanggal 1januari 2011,akhirnya bain aku dan kak mawaddah selamat diijabkabulkan. and esok harinya majlis resepsi kat Kelab Golf bandar putra. omak aih. sampai sampai je kiteorang rombongan pengantin lelaki di arak dengan kompang masuk dewan. and comelnya lah hai those flower girls. kecik kecik dah ditempek makeup. masa kahwin,aku tengok abang aku yang macho dah tak berapa nak macho dah. sebabnya dia malu malu kucing dengan bini dia. kelakar bila kita yang tengah tengok ni. belum lagi dengan usik usikan pakcik pakcik tua. sampai tersipu sipu pengantin. kalau nak tahu, ada cerita disebalik kisah cinta bain dan kak mawaddah ni.



aku kena akui la. zaman sekarang ni kalau nak cari love after marriage sangat susah. sebabnya memang kalau pergi mana mana jela memang tak sah tengok orang berdating. betul tak? memang la tak sah kalau tak nampak.sebab aku pernah buat jugak.hahaha. dulu abang aku ni sama jela dengan remaja remaja kat luar sana. pernah ada cinta monyet. masa tu dia tengah buat persediaan dekat Uitm shah alam sebelum pergi Russia amik medik. dia ade kenal seorang perempuan ni. and diaorang bercinta la dalam beberapa bulan. tapi abang aku rasa tak seronok. sebab dia kata dia tak nak bercinta. abang aku kata si A dan abang aku sangat berbeza. pendirian mereka lain sangat. jadi dia tinggalkan perempuan tu. plus perempuan ni macam perempuan perempuan biasa lah. yang selalu nak mesej. selalu nak dating. biar aku namakan perempuan ni si A. si A ni belajar kat Russia juga lepas tu.tapi aku tak sure pulak diaorang sama universiti ke tak. (fakta : si A sudah pun berkahwin dengan seorang ustaz ni.:) lucukan bilamana seorang perempuan tu dulunya berbeza dengan kita tapi akhirnya berkahwin dengan orang yang sama macam kita dari segi alimnya )




bila dekat Russia, abang aku ada kenal seorang lagi perempuan. aku panggil si B jela eh? rupa rupanya sama sekolah kat mrsm langkawi. nak dijadikan cerita, si B ni memang tak berkenan dengan abang aku. sebabnya abang aku ni memang jenis cakap direct. tapi entah macam mana bila kat bumi Rusia, boleh pula diorang ni berkawan. kawan sampai nak dekat 5 tahun. tapi diaorang tak pernah keluar berdua. tak pernah ada madah madah cinta. and mungkin sebab tu jugak la si B tinggal abang aku. and balik je cuti kat Malaysia, si B bertunang dengan kawan abang aku sendiri. at one side, aku kesian dan simpati dengan abang aku. and at one side aku faham kenapa si B buat abang aku macam tu. perempuan ni manja and nak disayangi. abang aku suka kat si B tapi tak ada cakap terus terang kata suka. bagi hint hint je selama 5 tahun. lepas tu kot la nak bawa keluar makan ke apa ke. orang semua pelik kenapa abang aku buat macam tu kalau betul dia suka si B tu. tapi abang aku ada prinsip. dia anggap bercinta sebelum kahwin adalah forbidden love. dia percaya pada love after marriage. faktor tempat yang jauh, iaitu abang aku kat bumi rusia dan kami semua kat malaysia, membuatkan kami semua tak tahu kesedihan dia tu bila si B bertunang. abang aku pendam sorang sorang. ayah aku tahu si B ni bertunang pun sebab ayah aku selalu tengok profile facebook si B. ( fakta : ayah aku sangat sangat suka online dan stalk anak anak dia. dan korang kawan kawan aku tak terlepas dari ancaman ini.hoho ) nak dijadikan cerita, ayah aku call abang aku dari malaysia and tanya pasal hal tu. abang aku cuma cakap yang dia tak nak bagi komen jadi cerita si B bertunang dan abang aku bersedih tamat disitu.noktah. (fakta : si B sudah pun berkahwin sebaik sahaja habis belajar bulan julai tahun lepas )




okay ni part yang last. sebabnya part ni adalah part abang aku berjumpa kak mawaddah. yang uniknya cinta diaorang, sebab diaorang tak bercinta. after kecewa kena tinggal, kawan kawan abang aku cadangkan abang aku ikut satu program islam kat surau. program ni ala ala program cari jodoh macam kat tv tapi ni versi islamik. program ni ada ustaz yang akan pantau. kawan kawan abang aku suggest abang aku kenal dengan kak mawaddah. (fakta : akak ni belaja kat Russia tapi universiti lain) sebab dorang kata kak mawaddah ni memang ala ala abang aku pun. percaya pada love after marriage. tudung dia memang labuh la i tell you. 4x ganda besarnya dari tudung aku. hoho. jadinya seorang ustaz ni jadi orang tengah. abang aku minta ustaz ni sampaikan niat dia nak kenal dengan kak mawaddah. nak tau cara diaorang berkenalan? haaa.abang aku mintak nombor telefon ayah kak mawaddah kat malaysia dan call cakap nak kenal dengan anak dara dia. ayah kak mawaddah bagi greenlight. and abang aku terus mintak izin nak bertunang sebaik sahaja balik malaysia. nak dijadikan cerita, abang aku call ayah aku kat malaysia. and tiba tiba cakap "abah, in nak bertunang balik malaysia nanti ". ayah aku terkejut la. tak ada angin tak ada ribut.tiba tiba nak kahwin. baru 5 bulan kena tinggal pastu nak kahwin. ayah aku tanyala siapa buah hati abang aku. abang aku tak nak bagitau lagi.ade la dalam sebulan sebelum balik malaysia baru abang aku bagitau nama kak mawaddah. pendek cerita potpetpotpet. abang aku bertunang julai 2010 dengan kak mawaddah. (fakta : 4bulan dari peristiwa abang aku bagitau niat dia nak bertunang) abang aku dengan kak mawaddah tak pernah mesej. ade la sekali dua masa abang aku nak tanya alamat rumah akak tu sebab kami satu keluarga nak berkenalan dengan keluarga kak mawaddah. after bertunang pun tak adanya nak mesej macam kita kita ni ha. kecuali time nak dekat dekat kahwin dah. sebab nak beli barang kahwin. sepanjang bertunang, abang aku pernah dua kali keluar dengan kak mawaddah. itupun mak dengan ayah kak mawaddah ikut sebab abang aku tak nak keluar berdua. akhirnya diaorang pun nikah baru baru ni. dan kisah cinta mereka bermula pada saat mereka diijabkabulkan. :)

kesimpulannya, aku cuma nak cerita betapa aku kagum dengan kisah cinta diaorang. and aku jatuh cinta pada lelaki macam abang aku. tapi wujud lagi ke dalam dunia ni? only god knows.klik.



p/s : abang aku bawak kak mawaddah pusing pusing malaysia untuk honeymoon. baru baru ni,diaorang singgah rumah nak jumpa mak ayah aku. malam tu kononnya nak makan kat danga bay. tapi danga bay kosong tak ada orang. rupanya premis dikosongkan sebab nak buat projek pembangunan. dekat situ ada roller coaster. bain aku beli tiket and ajak bini dia naik.bini dia sorok sorok belakang mak aku sebab tak nak naik.gayat katanya. tapi abang aku terus pegang tangan dia and dorang pun naik berdua.haha.comel je aku tengok dorang ni.kami yang lain tengok dorang dari bawah. and tergelak bila abang aku jerit jerit dengan bini dia sebab gayat. and from that moment, aku tahu yang abang aku bahagia dengan pilihan hati dia. and their love story just start to begin. (fakta 1: perasaan abang aku sedih dan kecewa bukan aku main hentam hentam tafsir.tapi abang aku cerita pada ayah aku beberapa hari selepas dia habis belajar di russia ) (fakta 2: di saat penghujung post ni, aku pun tak tahu kenapa aku termenangis. mungkin sebab aku cemburukan kisah cinta diaorang )

2 comments:

  1. kite pun menangis jugak.. padahal, ini cerita hepi kot. mungkin sebab sedar cinta lepas kahwin lagi best .

    ReplyDelete
  2. kite menangis sebab kite dah jumpa laki yang macam ni.tapi kite tak tau nak tunggu ke tak.:') sebab kite takut dalam 4 tahun ni macam macam boleh jadi. plus, laki tu tak bagi tunggu pun. walaupun kite tanak tunggu, tapi kite tau hati kite tgh tunggu dalam diam diam. and yes, kisah cinta abang kite buat kite nak jadi macam dorang jugak.

    ReplyDelete