Saturday, November 27, 2010

i love you because of ALLAH

"love aint everything"


benarlah kata orang.cinta dahulu mampu membuatkan manusia jadi insan yang hebat.tapi kalau hendak dibandingkan dengan cinta sekarang,bagai langit dan bumi.terlalu ketara perbezaannya.



"cinta semalam menjadikan umat Islam umat yang hebat.
cinta hari ini menjadikan umat Islam luput tenggelam.
sirna oleh cinta yang bukan lagi cinta."



cinta masa kini hanya difokuskan pada cinta kepada berlainan jantina.opposite attract katanya.sedangkan definisi cinta itu sendiri terlalu luas. cinta kepada Pencipta.cinta kepada ayah dan bonda.cinta kepada pendidik.cinta sesama umat Islam. aku akui aku juga pernah melalui fasa bercinta.dan aku akui,aku pernah mempunyai mentaliti yang sama seperti remaja zaman sekarang. kalau bercinta,ewah ewah macam dunia ini aku yang punya. kalau hubungan tengah berantakan mulalah rasa macam nak terjun perigi,terjun paya. kalau bagi surat cinta,habis separuh botol bedak aku tabur. confirm mak aku kena beli bedak baru minggu depan. bila nampak kekasih hati intan payung delima merekah aku berbual atau senyum pada perempuan lain, mulalah cemburu  membuak buak.bak lahar gunung Merapi yang dijaga oleh Mbah Maridjan gamaknya. kalau orang tegur kata kekasih hati intan payung delima merekah aku playboy atau blablabla.fuh!nahas lah."berani kau kutuk kekasih hati intan payung delima merekah aku? ayuh mari beradu tenaga!" blablablabla. sesudahnya tenaga mulut sahaja yang dapat aku keluarkan kerana kuasa leteran aku mampu menewaskan dua orang lelaki gagah yang sedang berperang ketika perang dunia kedua..aceee.sila abaikan kata kata exaggerate ini.

tapi.tapi.tapi. itu lah aku dahulu. semuanya berubah kerana seorang 'stranger' yang pernah aku kenal. aku bercinta dan bermadu kasih dan bermadah segala bagai seperti manusia normal lakukan pada mulanya. sehinggalah pada suatu hari dia menyatakan hasratnya untuk mencari redha Ilahi dengan tidak melakukan semua yang kuanggap normal ketika remaja bercinta. hancur luluhnya hati ini,hanya tuhan sahaja yang tahu. aku protes tanda tidak setuju. tapi apakan daya. aku tidak mampu mengikat tangannya lalu memaksa untuk dia terus bersama aku. apatah lagi tidak boleh mengumpan dengan choki choki sepeket seperti yang aku sering lakukan dengan budak budak. kerana hakikatnya dia bukan lagi budak budak 4,5 tahun yang suka choki choki macam aku suka sampai aku besar. tapi lama kelamaan aku mula faham akan satu perkara. walaupun hati aku sakit dan pedih kerana ditinggalkan, aku belajar untuk redha dengan qada dan qadar tuhan. 
dan aku percaya bahawa Allah itu maha adil dan maha mengetahui. Allah tahu apa yang terbaik buat kami berdua. dan pada aku, andai ini apa yang telah tersurat aku dengan rendah hatinya meredhai akan keputusan si 'stranger' yang telah pun benar benar menjadi orang asing pada ketika ini. kalau jodoh takkan kemana.
klik.


p/s: aku serious tak suka orang yang tengah hangat bercinta yang sanggup pertahankan hubungan cinta daripada nilai sebuah persahabatan. dan aku sejujurnya tak suka orang yang berlagak cinta sejati konon macam Romeo dan Juliet. konon setanding dengan Laila dan Majnun. sorry naik lori. kerana pada aku cinta anda andi semua tidak setanding kasihnya Rasulullah terhadap Khadijah dan tidak seagung cinta Pencipta kita.



No comments:

Post a Comment